[ ROTI HANGIT ]
Seorang anak menceritakan:
Setelah
sepanjang hari ibu ku melakukan pelbagai kerja yang meletihkan. Ibuku
meletak di hadapan ayahku roti bakar, tetapi roti hangit sepenuhnya.
Ayahku menghulur tangan, mengambil cebisan roti sambil tersenyum manis ke arah ibuku.
.
Kemudian ayahku mengajukan soalan kepadaku, bertanya bagaimana sekolah aku hari itu.
.
Aku sudah lupa apa jawapan aku padanya. Tetapi yang aku terbayang
sampai saat ini, bagaimana aku melihat ayahku menyapu roti dengan butter
dan jem, lalu memakannya tanpa bersisa.Saat aku bangun meninggalkan
meja makan aku mendengar ibuku memohon maaf kerana roti hangit ketika
dia membakarnya.Dan aku tidak akan lupa jawapan ayahku terhadap permohon
maaf ibuku: "Sayang, jangan risau tentang itu.. Memang terkadang abang
teringin makan roti yang dibakar lebih lama sedikit, biar ada rasa
hangit sedikit.
.
Ketika lewat malam, saat aku ingin mencium
ayah sambil mengucap selamat malam. Aku bertanya, betulkah ayah suka
makan roti dibakar sampai hangit."
Ayahku merangkul aku ke dada nya dan berbisik ayat-ayat yang perlu diteliti:
"Anak ku, hari ini ibumu telah melakukan kerja-kerja berat dan ibumu sangat letih.
Lagi pun.. Roti yang dibakar lebih daripada biasa, wahatta rentung sekalipun tidak akan membawa kepada mati.
.
Hidup ini memang penuh dengan kekurangan, tidak ada orang yang sempurna tanpa ada aib.
.
Kita perlu belajar membiasakan diri menerima kekurangan pada setengah
urusan, kita perlu bersikap terbuka dengan keaiban orang lain.
.
Ini antara perkara penting dalam membina hubungan dan akan menjamin hubungan kekal utuh.
.
Jangan sampai roti yang hangit sedikit menjadi punca berkecai hati yang
baik. Berilah keuzuran kepada orang lain. Abaikan perkara-perkara
remeh. Asyik membantah akan mematikan kelazatan sesuatu perkara.
Sebab itulah pokok yang ditiup angin berterusan akan kehilangan daun dan berguguran buahnya
Begitulah perumpamaan seseorang yang selalu terdedah kepada kritikan pedas, dia akan menjadi manusia nagetif.
.
Pujilah kebaikan orang sekeliling kamu, langkauilah kesilapan mereka.
Percakapan yang cantik umpama anak kunci, ia akan menutup mulut tetapi
ia membuka hati.
No comments:
Post a Comment