Tuesday 6 September 2016

ABAH

KISAH AKU

Hai..apa khabar semua?saya doakan anda semua sihat wal afiat.Sebelum saya mulakan cerita ni,saya lebih suka bahsakan diri saya sebagai 'aku".Ok?

aku rasa cam nak share pasal hidup aku..mudah-mudahan orang lain bleh baca dan yang mana positif tu amek la.Yang mana negatif pada mata pandangan korang,tolak tepi jauh2.

dalam hidup aku,banyak sangat cabaran yang ak hadap sorang-sorang.kadang-kadang,ak rase sedih sangat sebab aku tak tahan .Tp ak tahu semua tu ujian daripada Allah swt utk aku supaya aku jadi orang yang berguna kepada masyarakat.Guys,malam ni aku rindukan arwah ayah aku.Ayah aku pergi pada 2009 masa aku kat Darul Quran.Aku still xtahu ape dan ofkos lah aku xsempat nak balas jasa ayah aku.

kalau lah ade telepati yang menhubungkan ayah aku ngan aku,ak nk je cakap..

"Abah,abe loni duk buat chambering doh.Sibuk xleh nok oyat.Abe nk mitop maaf ngan abah kalo abe xsempat nak ingat ko abah masa abe sibuk.Abe saye ko abah.Abe nak abah urut tekok abe mace form 5 dulu.Abe nok jugop wassap abah macey ore lain.Abah!Bule 10 ni abe ado konvokesyen UIAM sebab abe habis ngaji doh.7hb 10 2016 ni hari gembiro dan jugo sedih.hari gembira sebab berjaya tamatkan belajar.HAri yang sedih jugak sbb abah xdop tepi abe maso tu.Abe nk banggakan abah ngan ma.Abe nak abah senyum depe abe.abe nak menangis depe abah.tapi.... takpo lah.Takdir semua tu.Abe janji akan jago ma molek2 . Ma pun rindu abah.semuo ore rindu abah.Moga abah senyum disana dan abe doakan abah sokmo.LOVE UE ABAH!"

chow!

Tuesday 2 August 2016

Baiknya Allah untuk kita.

Dulu masa sekolah, time tu takdela baik sangat. Tengok orang pakai niqab, terdetik kat hati " Ya Allah, tenangnye tengok orang pakai pakaian yang engkau redhai, layakkah aku nak sarung pakaian tersebut. "

Alhamdulillah, Allah Maha Mengetahui segalanya. Dia dengar doa yg terdetik sekilas cuma. Dia beri aku rasa nikmat hidayah, Dia pimpin aku untuk lebih dekat kepadaNya. Dan yang paling terkesan, Dia izinkan aku berniqab pada tahun 2014. Tapi tu tak bermakna aku dah total jadi muslimah yang dijamin syurga.

Dengan sehelai kain yang aku bawa dimuka, aku telah memegang satu amanah yang besar buatku, kerana apabila setiap langkah yang diatur aku membawa nama islam. Mana mungkin aku boleh cemarkan nama islam dalam pakaian yang sebegini.

Hari demi hari, Allah berikan ujian buat aku dan keluarga, pelbagai tomahan yang kami terpaksa hadap untuk buat aku dan keluarga lebih kuat dan dekat denganNya.
Kini, aku nak setiap rasa manis, nikmat hidayah yang diberikan dapat dirasai oleh saudara seagama dengan aku yang lain. Kau takkan pernah rasa puas bilamana ada suatu malam hanya kau dan Dia, kau boleh luahkan segalaNya pada Dia.

That time kau akan rasa betapa luasnya kasih sayang Dia pada kau.
Cubalah. Baru kau akan mengerti rasa nikmat yang cuba aku ungkapkan ini.
Petang tadi saya nampak seorang lelaki dan seorang perempuan makan semeja di kedai mamak.Lelaki sempurna menutup aurat tetapi si perempuan "freehair" atau tidak bertudung.
Dihadapan mereka sudahpun terhidang makanan dan apa yang menariknya,sebelum makan,si lelaki menadah tangan dan berdoa sambil diaminkan oleh pasangannya.

Rasa hati sangat gembira bukan disebabkan si perempuan tidak menutup aurat,tapi suka kerana mereka meng amin kan doa sebelum makan.

Antara pengajaran yang boleh saya kongsi :

1)Walaupun tidak menutup aurat atau mungkin dalam keadaan couple,kita tidak boleh terus menghukum mereka.
2)Meskipun dalam keadaan begitu,mereka masih lagi boleh berdoa.Maknanya mereka masih menunjukkan sayang kepada Islam.
3)Jauhi sifat menghukum kerana boleh menjauhkan golongan ini daripada Islam.
4)Berdoa supaya mereka diberikan hidayah oleh Allah swt.

Sekian.
[ ROTI HANGIT ]


Seorang anak menceritakan:
Setelah sepanjang hari ibu ku melakukan pelbagai kerja yang meletihkan. Ibuku meletak di hadapan ayahku roti bakar, tetapi roti hangit sepenuhnya.
Ayahku menghulur tangan, mengambil cebisan roti sambil tersenyum manis ke arah ibuku.
.
Kemudian ayahku mengajukan soalan kepadaku, bertanya bagaimana sekolah aku hari itu.
.
Aku sudah lupa apa jawapan aku padanya. Tetapi yang aku terbayang sampai saat ini, bagaimana aku melihat ayahku menyapu roti dengan butter dan jem, lalu memakannya tanpa bersisa.Saat aku bangun meninggalkan meja makan aku mendengar ibuku memohon maaf kerana roti hangit ketika dia membakarnya.Dan aku tidak akan lupa jawapan ayahku terhadap permohon maaf ibuku: "Sayang, jangan risau tentang itu.. Memang terkadang abang teringin makan roti yang dibakar lebih lama sedikit, biar ada rasa hangit sedikit.
.
Ketika lewat malam, saat aku ingin mencium ayah sambil mengucap selamat malam. Aku bertanya, betulkah ayah suka makan roti dibakar sampai hangit."
Ayahku merangkul aku ke dada nya dan berbisik ayat-ayat yang perlu diteliti:
"Anak ku, hari ini ibumu telah melakukan kerja-kerja berat dan ibumu sangat letih.
Lagi pun.. Roti yang dibakar lebih daripada biasa, wahatta rentung sekalipun tidak akan membawa kepada mati.
.
Hidup ini memang penuh dengan kekurangan, tidak ada orang yang sempurna tanpa ada aib.
.
Kita perlu belajar membiasakan diri menerima kekurangan pada setengah urusan, kita perlu bersikap terbuka dengan keaiban orang lain.
.
Ini antara perkara penting dalam membina hubungan dan akan menjamin hubungan kekal utuh.
.
Jangan sampai roti yang hangit sedikit menjadi punca berkecai hati yang baik. Berilah keuzuran kepada orang lain. Abaikan perkara-perkara remeh. Asyik membantah akan mematikan kelazatan sesuatu perkara.
Sebab itulah pokok yang ditiup angin berterusan akan kehilangan daun dan berguguran buahnya
Begitulah perumpamaan seseorang yang selalu terdedah kepada kritikan pedas, dia akan menjadi manusia nagetif.
.
Pujilah kebaikan orang sekeliling kamu, langkauilah kesilapan mereka. Percakapan yang cantik umpama anak kunci, ia akan menutup mulut tetapi ia membuka hati.
CORETAN FATC


[ Manusia dan Pencipta ]

Sifat manusia sentiasa meminta kepada yang lain.Ada yang meminta dalam bentuk wang mahupun kebendaan.Si peminta biasanya akan menjaga penampilan,jaga tutur kata,indahkan bahasa semasa meminta.

Si pemberi ni pula banyak ragamnya.Ada yang baik (beri dengan penuh ikhlas),ada juga yang sinis (beri dengan penuh hipokrit),dan tak kurang juga dengan marah(si peminta kena ludah dan sebagainya).Itulah senario meminta dengan manusia.

Namun manusia kadang-kadang lupa dengan PENCIPTA yang MAHA KAYA.

Allah swt sebenarnya "menunggu-nunggu" hamba-hambanya berdoa kepadaNYA untuk memakbulkan segala permintaan.Sifat manusia itu marah bila ada yang asyik meminta.Tapi berbeza dengan ALLAH swt,kerna DIA memang galakkan hambaNYA meminta dan terus mengemis kepadaNYA.Bahkan Allah marah pula jika kita tidak meminta.

Allah swt mahu sahaja memberi nikmat dan rezeki kepada hambaNYA.Tinggal saja lagi si manusia dekatkan diri kepada Allah swt sahaja.

Selain itu,antara amalan tambahan yang boleh dibuat :
1-Solat Sunat 2 rakaat sebelum subuh
2-Solat Sunat Dhuha
3-Sedekah
4-Istighfar
5-Istiqamah berdoa

Tuanpuan,tidak perlu tebal muka dah untuk meminta dengan manusia.Anda cuma perlu banyakkan berdoa meminta dengan Pencipta kerna inilah RAHSIA JUTAWAN sebenarnya.

SHARE JIKA BERMANFAAT.
CORETAN FATC



Macam mana nak dakwah sahabat yang tak solat tanpa menyakiti mereka ?

1. Contoh yang baik (qudwah hasanah)
Jadilah antara golongan yang solat, yang pelihara solat, yang jaga solat, yang rasa bersalah bila tak solat, yang rasa nak nangis bila abaikan solat. Yang rasa kosong bila tak solat, yang rasa lemah bila tak solat. Jadilah golongan itu. Tunjukkan contoh ataupun qudwah yang baik juga salah satu dakwah tanpa menyakiti hati sahabat.

2. Doa
Kadang kita nak sahabat kita berubah. Nak mereka solat, nak mereka balik pada jalan Allah, nak mereka taat dan sujud pada Allah, tapi doa kita pada Allah nothing. Hanya hangat-hangat tahi ayam. Kenapa saya cakap macam tu? Sebab kita tak istiqamah doakan sahabat kita. Hatta dalam solat 5 waktu belum tentu kita mention dan doakan nama mereka secara berterusan, bukan ? Dan mungkin kita sendiri lewat-lewatkan solat apatah lagi kalau abai solat macam mana nak doa sungguh pada Allah ? Doalah. Yakin, doa adalah senjata yang sememangnya tajam jika Allah kita dahulukan.

3. Menangis
Jujur cakap, ada antara kita yang nak sahabat dia masuk syurga, sahabat dia baik, suka tolong, selalu faham bila ada masalah dan kesusahan cuma tak solat ja. Tapi silap kita, kita 'siakan' air mata yang di titiskan semata-mata kepada hal lain. Mungkin kerana putus cinta, mungkin kerana sakit hati kepada kekasih, mungkin kecewa pada pasangan yang entah bila halal, Why ? Nilai air mata sangat berharga awak. Dan jatuhkanlah air mata pada benda 'yang berharga'. Menangis di solat malam, minta sungguh-sungguh. Kalau boleh bangun tahajud dan sebut nama sahabat kita tu. Itupun kalau 'ikhlas' kita sayang sahabat kita.

4. Tegur sembunyi
Bila sahabat tak solat, try borak dengan dia semasa dia sedang duduk sendiri. Try cakap dengan lembut, "awak. . awak solat yer..Dan perhatikan kedua anak matanya. Pandang dengan pandangan cinta. Percayalah, dia akan rasa nak 'menangis' kalau kita tegur hikmah secara hari-hari. Pandang anak mata sahabat kita dengan pandangan cinta kerana Allah.

5. Ajak
Time masuk waktu solat, ajak ambil wuduk hatta pesanan kita sering dibuat tak tahu. Biarlah kita dah ajak banyak kali tapi mereka taknak, minggu depan try lagi ajak. Again and again. Paling-paling mereka akan cakap, haa pergilah dulu, aku nak siapkan kerja ni jap. Haa pergilah solat dulu, aku tak mandi wajib lagi ni, haa pergilah dulu, nanti aku datang. But lastly dia tak solat. Mesti kita rasa sedih sebab tak dihargai tapi takpa kita kena kuat. Ajak lagi jangan stop. Kata sama-sama nak ke syurga ?

6. Media
Tak kira lah tv ke, internet ke, radio ke, vcd ke. Audio dalam hp ke, try buka mana-mana tazkirah dari ustaz ustazah yang bermanfaat ketika kita bersama sahabat. Ini salah satu cara 'sindiran positif'. Kemudian pandang dia senyap-senyap, percayalah dalam hati mereka pasti nak berubah, tapi tak tahu macam mana nak start, dan awak kena bantu mereka supaya kuat nak dekat Allah.

7. Buku
Belikan hadiah yang berulang kali, bukan kena tunggu hari lahirnya sahaja. Lagipun pahala ke atas mereka yang menggembirakan insan lain dengan memberikan hadiah. Misalnya buku agama tentang cara-cara solat, Ketenangan dalam solat, dan lain-lain. Hadiahkan mereka lagi dan lagi. Catat di hadapan buku "Demi Allah, aku sayangkan kau sahabat. Aku nak sama-sama ke syurga. "

8. Jangan putus asa
Mungkin kita dah bagi contoh terbaik, dah ajak, dah tegur hikmah, dah bagi ini itu, dah usaha ini itu tapi masih tak menjadi. Satu masalah yang paling dahysat iaitu 'menyalahkan takdir'. Jangan pernah salahkan setiap tulisan takdir. Tetapi berusahalah untuk memperindahkan 'tulisan takdir'. Allah bukan tak nak dengar, bukan tak sudi makbulkan, Allah suka kita meminta. Allah sayang hamba-Nya yang merayu merintih memohon.

9. Syukur
Siapapun sahabat kita, bagaimanapun sahabat kita, di manapun sahabat kita berada sekarang, apapun kisah hidup sahabat kita, hatta sekalipun latar belakang sahabat kita tunggang langgang. Bersyukurlah. Ada orang yang tak punya sahabat pun, ada orang yang tak rasa cinta dan manisnya bersahabat, ada orang yang tak dapat main gelak ketawa gurau bersama sahabat. Kerna di mana-mana pun dia selalu menemui kawan yang makan kawan. Syukurilah kerana tak semua manusia di dunia ini punya sahabat sejati.

10. Buat mereka 'rasa bersalah'
Contohnya ketika bermusafir, try cakap nak singgah masjid sat. Telefon bimbit kita setkan waktu azan untuk setiap solat fardhu. Tiap kali masuk waktu, azan telefon bimbit bergema di segenap ruang. Bayangkan andai tiap hari sahabat kita dengar, mustahil jiwa mereka tidak merasa apa-apa. Diawalnya mungkin mereka rimas, di akhirnya ? Wallahualam. Never give up ! Chayoo !
Banyak benda kita boleh buat tanpa sakiti mereka dengan lidah. Mustahil mereka tidak punya rasa bersalah. Semua yang kita lakukan adalah dakwah yang 'luar biasa'. Sebab kita berusaha taknak sakitkan mereka. Kita tahu sakitnya diperli, disindir, diumpat, dikeji, diaibkan. Sebab itu kita memilih untuk berhikmah.

Pilihlah sama ada terus perjuangan atau henti perjuangan.Pilihan dakwah di tangan kita. Bukan di tangan orang lain. Yakin sehitam manapun gelapnya malam pasti ada bulan yang meminjamkan cahaya. Pilihan di tangan kita.

Teruskan bertahan dalam senyuman, walau hanya garisan tawar. Teruskan berjalan tanpa henti walau langkah kian perlahan. Dan teruskan hidup dengan semangat walau hidup ditimpa ujian berat. Kerana hidup perlukan perjuangan dan perjuangan perlukan kekuatan.

Tidak semua benda, kita boleh luah pada manusia. Hanya DIA yang mampu menghilangkan rasa sedih di jiwa, percayalah.
Sampai bila nak lari dari masalah ? Hanya pada Allah disandarkan segala resah dan sedih. Moga usaha dakwah menjadi saksi di depan Tuhan.
And yes, Kekuatan dari Tuhan.

Bukan dari insan.
SHARE jika anda punya sahabat sejati!
CORETAN FATC


LAIN ORANG LAIN REZEKINYA
Ada orang..
Rezekinya, dapat kahwin awal dan berdiam tetap

Ada orang..
Rezekinya, ada wang yang tujuh keturunan pun tak akan habis

Ada orang..
Rezeki dia, ada anak-anak yang baik, yang sedang hafaz Al Quran

Ada orang..
Rezeki dia, dapat solat di masjid setiap waktu

Ada orang..
Rezeki dia, cukup makan dan pakai setiap hari

Ada orang..
Rezeki dia, dapat mengembara ke sana-sini

Ada orang..
Rezeki dia, perniagaan maju dan bertambah maju

Ada orang..
Rezeki dia, dapat belajar sampai tahap yang tertinggi

Ada orang..
Rezeki dia, mudah belajar dan baca Al Quran

Ada orang..
Rezeki dia, ahli keluarga masih ada di sisi

Ada orang..
Rezeki dia, ada rumah yang selesa di diami

Hakikatnya..
Allah menjadikan kita semua, orang yang kaya dengan rezeki yang tersendiri.
Cuma kadangkala kita yang tak nampak & tak sedar sebab kita selalu nampak rezeki itu dalam bentuk wang & material

Alhamdulillah..
Semua benda yang baik adalah rezeki dari Allah, walaupun hanya dengan dapat baca satu ayat Al Quran dalam sehari sebab ada orang yang Allah tak bagi rezeki nak baca Al Quran walaupun sekali dalam hidupnya.

Inilah namanya rezeki batin kerana rezeki bukan hanya zahir tetapi ada juga rezeki batin yang lebih mahal dan berharga dari rezeki yang berbentuk zahir.

Carilah Allah dalam mencari rezeki yang berkat.

Utamakan kehendak Allah, In Sha Allah rezeki sangat mudah sampai kepada kita dalam semua perkara.

Berlapang dada lah dalam mencari rezeki, bersyukurlah dalam setiap rezeki yang kita dapat.
Rezeki kita..

Masih hidup lagi hari ni & berkesempatan untuk bertaubat, sebab ada orang yang hari ni dia dah tak bernafas lagi & pergi berjumpa Allah tanpa sempat bertaubat..

SILA SHARE DAN SEBARKAN