Tuesday 2 August 2016

| MOTIVASI |
Berprogram di MAAHAD TAHFIZ PULAI CHONDONG hari ini bersama adik-adik tingkatan 4/5&6.Alhamdulillah,respon positif para peserta sebelum,semasa dan selepas program amat saya gembira sekali.
Kali ini saya lakukan sedikit perubahan modul yang sedia ada,dimana saya berkongsi kepada adik-adik bagaimana mahu mencipta matlamat yang "realistik" dan manpu dicapai.Dalam perkara ini saya bercerita panjang kepada mereka mengenai matlamat jangka panjang dan pendek.
Selepas pada itu,saya meneruskan modul "AUDIT DIRI" ,dimana adik-adik di dedahkan cara mengenal KEKUATAN dan KELEMAHAN diri masing-masing.Dari situ lah mereka akan berfikir sejenak tentang prestasi mereka ,samada menaik ataupun menurun.
Kemudian mereka diberi pendedahan mengenai modul "ACTION PLAN".Modul ini saya bahagikan kepada tiga bahagian,iaitu SEBELUM/SEMASA&SELEPAS PEPERIKSAAN.
Akhir sekali,sesi "SHARING MOMENT" saya bersama dengan adik-adik.Alhamdulillah,slot 2 jam 30 minit ini saya cuba memaksimakan sebaik mungkin dengan bantuan alatan yang terhad kerana program diadakan di Masjid sekolah.Nak pasang lagu pun kena berhati-hati dan cermat.
Yang paling best ialah apabila saya ditanya pelbagai soalan selepas slot saya tamat.Macam-macam soalan sampai penat nak menjawab.Maknanya depa tak tidur la sepanjang program.
Semoga adik-adik berjaya dalam hidup yer!!:)






No comments:

Post a Comment